10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda!

Kahwin Muda

‘Kahwin muda’, satu topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1 – Tuntutan Agama

Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

KELEBIHAN NIKAH

saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
suami imamkan isteri  ~ dapat PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
main kenyit-kenyit mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!
Allahurabbi..SERONOKNYA..

2 – Mengelak Daripada Zina

Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengan 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3 – Menjadi Lebih Bertanggungjawab

Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekejra atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

4 – Menimbulkan Ketenangan Jiwa

Jika bertanya kepada mereka yang sudah bersiteri atau bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang karenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.

5 – Fikiran Lebih Matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

6 – Membaiki Diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah anda ada kelapangan masa.

7 – Plan Jangka Panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggunggjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.

Wedding

8 – Seks Yang Lebih Berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

9 – Rezeki Bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana keperluan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelan anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan berpegang kepada rahmat-Nya.

10 – Jangan Tunggu Lama-lama

Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayangi dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. andai itu berlaku, gigit jari sajalah.

*  *  *

Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,

yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda,
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya..

Apa ditunggu lagi?

Kredit : zoncinta.com | Gambar : eyezune 

25 Comments

  1. faizal says: - reply

    mcm mane pulak kalu nk kawin, tp xde calon??
    bile nk cari calon, terase mcm xnk la wat dosa..(couple)
    tp, memang naakkkk sgt berteman..
    xkn nak men sambau aje

    • Umar Faruq says: - reply

      Haha.. Ada banyak cara untuk cari calon..

      1. Minta parent tolong carikan.
      2. Minta tunjuk ajar dari tok imam.
      3. Iklan (sanggup ke?)

      Hehe.. Dan dalam islam pun tak sarankan korang sambar je, ada sesi perkenalan jugak dengan bakal isteri..

  2. [N-ta] says: - reply

    starang ta..ana suka ayat nie “Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. ” hohoho xD Guyd job tae xD

  3. budakserius says: - reply

    Emm.duit jer mnjdi pnghlng.

  4. Duit sememangnya menjadi penghalang utama, tp kadang-kadang kekecewaan lampau juga menjadi penghalang..

  5. Macam nak kahwin plak lepas baca artikel ini tapi faktor kewangan dan harapan ibu bapa terhadap diri menyebabkan hasrat tu kena tangguhkan

  6. siti mariam says: - reply

    mle2 sy nk kawin lpas abis blaja,,de duit..rumah,,kereta n ekonomi da stabil..tp ble bce rzeki akn brtmbh slps kwin,,sy pn ttpkn sy akn kwin awl..huhuhuhu

  7. titan says: - reply

    yelah. aku kahwin la..yela. yelaaaa..

  8. yoi says: - reply

    cemaner nak kawen. belajar pun xhabis lagiiiii.

  9. mar says: - reply

    cmne kalo mmg nak sgt khwn tp…fmly xsetuju ag sbb cm xkeje tetap?

  10. Liyana says: - reply

    Nak kawin awal (takde la awal sangat, umur dah pertengahan 20-an), tapi mak si dia tak bagi sbb dia kata anak dia ni takde duit lagi. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Camne kalau ada tentangan family?

    • Umar Faruq says: - reply

      Haha.. Kalau bab tentangan family kena la berbincang dengan family jugak.. Make sure cari point sesuai.. Lagi bagus kalau dapat bagi win-win situation untuk parent sekali.. :)

  11. aqimain says: - reply

    mcm mane klu perbezaan pendapat antara ibubapa n mentua..

  12. stargazer says: - reply

    macam mana pulak dengan nafkah? pohon tuan tanah jelas kan, sebab tu antara persoalan jugak dlm kahwin :)

    • Umar Faruq says: - reply

      Nafkah boleh dicari. :)

      Sebab dari point yang ke – 9, tu rezeki akan bertambah. Melainkan si suami tu memang pemalas nak bekerja untuk tampung keluarga.

      Lagipun kalau dah tak mampu sangat untuk tampung nafkah isteri ataupun keluarga sendiri nanti, dah tak jadi perlu kahwin pulak. Sebab entri ini menerangkan pasal sebab2 perlu kahwin muda, bukannya sebab wajib kahwin muda. Harap penerangan ini membantu dan tak menyebabkan orang lain merasakan perkahwinan itu menyusahkan. :)

  13. Jebeng Otai says: - reply

    duit x cukup lagi la.. :)

Leave A Reply