5 Bukti Masa Anda Dihabiskan Dengan Online Di Internet

My Life

Haha. Jom tengok ciri-ciri yang menunjukkan adakah kita ni lebih banyak menghabiskan masa secara online ataupun di dunia realiti. Dari apa yang aku tengok, kebanyakan ciri-ciri tu ada pada aku. Kah3. Tapi nak buat macam mana, sebab setiap masa aku mengadap laptop ni je.

5 Petunjuk atau Tanda Anda Habiskan Banyak Masa Secara Online
  1. Apabila kita ingin berbicara dan memberikan pandangan, nak gaduh ke apa ke, kita akan menggunakan Twitter sebagai tempat luahan. Bukan lagi cakap secara direct atau paling tidak pun menelefon. Twitter jadi tempat nak komen pasal orang lain, tempat mengumpat, tempat tabur fitnah, tempat caci maki dan sebagainya.
  2. Anda akan melakukan banyak perkara ketika online. Jika dulu, internet digunakan untuk mencari maklumat, tetapi kini anda akan buat blog, tulis blog, online YM, online SKYPE, buka twitter, download video di YouTube dan segalanya pada masa yang sama.
  3. Anda dah kurang menonton televisyen (percuma). Anda lebih suka tonton secara online kerana lebih update, lebih pantas, tanpa iklan! Set TV di rumah anda walaupun skrin leper 42 inci, ia hanyalah sekadar hiasan di dalam rumah.
  4. Apabila anda bercakap soal kawan, anda lebih suka bercerita mengenai kawan online anda daripada kawan dunia realiti. Anda menjadikan kawan online anda sebagai teman paling akrab dalam hidup anda sedangkan anda belum pernah berjumpa dengannya.
  5. Anda dah menjadi sangat informatis, anda mengetahui sesuatu perkara sebelum perkara itu berlaku lagi. Ini mungkin kerana anda banyak menghabiskan masa membaca blog2 … yang mungkin terdapat puluhan, dan ratusan blog yang ada baca dalam satu hari!

Alamak, almost semua ciri-ciri ada kat aku. Bukan salah aku, memang sekarang kat mana-mana pun dah ada internet. Even kat kedai mamak pun dah ada free wifi sekarang.

Tapi walaupun cukup 5 petunjuk kat atas ni ada pada diri korang, make sure masa banyak yang korang habiskan untuk online tu berguna untuk diri dan masa depan.

2 Comments

  1. azri says: - reply

    okayy, aku pun sama kot macam ni :D

Leave A Reply