7 Tips Untuk Kahwin Awal

Wedding

‘Kahwin awal’, satu lagi topik yang sering bermain di kalangan anak-anak muda sekarang. Kalau bagi zaman mak bapak aku perkahwinan awal remaja memang dah jadi satu kebiasaan lebih-lebih lagi bagi si gadis. Tapi, ada ke anak-anak muda sekarang yang sanggup usulkan keinginan kepada ibu bapa mereka untuk berkahwin awal?

Ada orang kata benda macam ni tak perlukan tips, hanya tunggu jodoh itu datang. Tapi anggaplah tips sebegini sebagai persediaan kita untuk menghadapi tanggungjawab yang bakal kita terima selepas digelar suami atau isteri nanti :

  • TIPS 1 : Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.
  • TIPS 2 : Masing-masing perlu mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan. Kerana duit manusia boleh merana, jangan jadikan duit sebagai punca untuk keluarga yang anda bakal bina punah.
  • TIPS 3 : Persiapkan mind-set secara 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan. Jom tengok video kat bawah. Mana tahu ada semangat untuk memikul tanggungjawab yang mendatang ini.

Download Video with Vixy.net | YouTube to MP3 | Advanced Video Downloader
  • TIPS 4 : Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan. Berkahwin bukan semata-mata hidup bersama, tapi ia adalah perkongsian persamaan dan penerimaan perbezaan. Fahamkan.
  • TIPS 5 : Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu. Agak-agak bahagia tak kalau hidup tak mendapat restu?
  • TIPS 6 : Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda. Bila duduk bersama, tolak ansur paling penting. Jadi, jangan jadikan masalah kecik menjadi besar hanya kerana masing-masing mempertahankan ego yang tak kemana tu. Rendahkan ego, mengalah untuk kebaikan rumah tangga.
  • TIPS 7 : Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

*   *   *   *   *

Kalau dah mendapat restu, bersedia fizikal dan mental, mengapa tunggu lagi? Segala persiapan dah dilakukan. Atau masih belum jumpa sebab untuk korang berkahwin? Mungkin perlu tengok 10 sebab mengapa anda perlu kahwin muda kut.

Tips dah diberi, sebab pun dah ada, mungkin perkahwinan boleh dipercepatkan. Tapi ingat, berkahwin itu mudah tapi tanggungjawab selepas berkahwin itu yang jarang orang fikirkan.

Selamat berbahagia. =)

Kredit : Informasi.my | Gambar : eyezune

8 Comments

  1. as salam faruq..nak tanye skit..mcm mane kite nak terima zaman silam pasangan kita yang dulunya kurang elok.boleh beri sedikit tips dan kata2 semangat.tq faruq.
    wassalm..

    • Umar Faruq says: - reply

      W’lam Ikhwan.
      Macam ini, kita kena ingat setiap orang pasti pernah buat kesilapan. Kita ambil contoh besar, Umar Al-Khattab yg dulunya betul2 menentang Islam, tapi akhirnya menjadi salah seorang yang dijanjikan syurga. Tak perlu kita pandang zaman silam pasangan tu sekiranya dia dah bertaubat. Kalau dia belum bertaubat, ingat semula niat saudara kenapa nak jadikan dia pasangan. Kalau kerana Allah, bawalah dia ke jalan yang betul. Kalau tak mampu, mungkin dia bukan utk kita. Mungkin juga tu salah satu ujian dari Allah. Apapun, kena ada usaha untuk betulkan supaya dia tak kembali ke zaman silam yang kurang elok tu. Dan aku tau niat kau memang baik sebab kau bertanya kat sini pun antara salah satu usaha untuk betulkan dia. Good luck!

      InsyaAllah aku akan buat satu entry pasal ni. :)

      Ataupun saudara boleh rujuk beberapa tips dari kawan saya dekat facebook: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=568834299796264

      Moga boleh membantu :)

  2. trimas atas tips..mmg mcm xsabar je nak kahwin.hak3

  3. hann says: - reply

    wah.thanks for sharing.memang betul2 semangat dan xsabar nak kahwin.hehe. jemput singgah blog saya yg xseberapa juga iaa :) :P

  4. yayansmum says: - reply

    Ni entry bagi semangat kat diri sendiri gak ke nih????ekekeke. Apapun, tanggungjawab slps berkahwin sgt2 besar dan berat, so kene prepare mental fizikal untuk pikul semua tuh.Semoga bertemu jodoh yang baik2 yer.(^_^)

    • Umar Faruq says: - reply

      Yeap.. Apa yg saya tulis saya yg baca dulu.. So, sy kena naikkan semangat sendiri dulu baru boleh naikkan semangat orang lain.. Hehe..
      Terima kasih.. Amin..

Leave A Reply