Gamefest 4 di GrandHall MMU Cyberjaya

Jyeah! Hari ini buat pertama kalinya dalam seumur hidup aku jadi peserta dalam Gamefest 4 di MMU. Dan ini event pertama aku yang berkaitan dengan game. Sebelum ni sekadar main dalam bilik, bila kalah maki-maki orang yang menang. Haha. #TrueOldStory

Itu rutin aku yang dulu. Sejak sebelum busy dengan kerja-kerja yang sekarang datang tak tentu. Haha. Lepas dah busy dengan kerja, apa salahnya kalau aku release tension untuk hujung minggu ni dengan main game berjemaah, ye dak. Boleh gak kenal-kenal dengan gamers yang ada kat MMU ni.

Poster Gamefest

Antara event yang berjalan sepanjang Gamefest 4 kat MMU ni :

Memang banyak benda. Tapi aku join bahagian LAN Party tu je. Kira macam aku cakap tadi. Main game berjemaah dengan gamers lain dalam satu tempat. Dan kali ini dekat dalam Grand Hall MMU Cyberjaya tu beb! Memang tempat grand habes. Setaraf dengan tempat orang Konvo dah tu. Haha.

Sebenarnya, event ni start pukul 10 pagi kejap lagi. Tapi aku tak boleh tidur dari semalam. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Haha. Aku rasa otak aku ni terlalu excited kut sebab boleh bermalam dalam Grand Hall MMU ni. Nak mendalami perasaan bila tidur dalam keadaan manusia sekeliling non-stop main game. Haha. Pelik betul perasaan aku ni.

MMU OPEN FUTSAL CUP 2012 : Club Supporters Championship

Adoi. Aku rasa otak aku dah cramp ni. Sebab tak tidur dari semalam. Itu yang dah mula bayangkan benda yang merepek je dalam kepala ni walaupun event ni belum start.

Apa-apa pun jom usha partner dan jugak sponsor yang diorang dapat untuk menjayakan Gamefest 4 di GrandHall MMU Cyberjaya ini. Mane la tahu kut-kut tempat korang pun nak buat event macam ni. So, dah boleh track company mana yang boleh di’lamar’ oleh korang.

Photographer sekalian, get ready! Aku dengar ada cosplayer yang cun-cun datang. Hehehe. xD

4 Comments

  1. chii says: - reply

    dota dulu sgt popular di kalangan budak2 ostel..terutama skali lelaki..ehehe

  2. dh lama x men dota..hehe

Leave A Reply