Kenali Siapa Manusia Putih Komposer Kisah Hati Nyanyian Alyah

Manusia Putih Komposer Lagu Kisah Hati Nyanyian Alyah Adalah Adi 6ixth Sense Penyanyi Dan Penulis Lirik Asal

Adi 6ixth Sense Manusia Putih

Adi 6ixth Sense (Manusia Putih) - Penyanyi dan penulis lirik asal lagu Kisah Hati

Bagi yang tengok Anugerah Juara Lagu 26 pasti masih ingat lagu Kisah Hati nyanyian Alyah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik. Tapi, ramai yang tercari-cari siapakah komposer lagu Kisah Hati itu yang hanya dikenali sebagai Manusia Putih.

Menurut laman gossip Rotikaya.com, Adi Priyo Sambodo atau lebih dikenali sebagai Adi 6ixth Sense adalah penyanyi asal dan juga pencipta lirik penuh lagu Kisah Hati ini. Namun, Adi hanya dapat menjual lagu Kisah Hati ini dengan harga yang tidak relevan serta tidak dibenarkan menuntut kredit di atas lagu ciptaannya sendiri itu.

Setakat ini, berita ini masih belum disahkan sepenuhnya oleh Adi 6itxh Sense mahupun oleh Alyah sendiri tapi di bawah aku ada sertakan rakaman pertama demo lagu Kisah Hati oleh Adi 6ixth Sense. Apa-apa pun jom kita dengar dulu. Lagu Kisah Hati nyanyian Alyah ataupun nyanyian Adi 6ixth Sense yang korang rasa lagi best?


Download Video with Vixy.net | YouTube to MP3 | Advanced Video Downloader


Download Video with Vixy.net | YouTube to MP3 | Advanced Video Downloader

Anda boleh LIKE dan SUBSCRIBE untuk terus dapatkan update sepantas kilat dari blog ini. =)

5 Comments

  1. saya merupakan peminat setia 6ixthsense ,pada saya ,saya lebih suka kalau adi sendiri yg nyanyi lagu ni ,tapi nak buat mcm mana lagu tu tlh diberikan kpd alyah,tapi apa-apa pun saya tetap suka lagu ni walaupun alyah yg nyanyi ,bukan adi yg nyanyi

  2. young says: - reply

    kesian dia terpaksa jual lagu ciptaan dia sendiri dekat orang lain dengan harga yang tak sepatutnya…..mungkin lagu ni ada kena mengena dengan hidup dai…siapa yang tahu kan….

  3. budakserius says: - reply

    Memang bagus merendah diri.

Leave A Reply