Meng-integrate-kan Twitter Dengan Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

twitter dan facebook

Ade orang pening tak tau nak gune mane satu dan ade jugak orang yang guna dua dua. Untuk update status kadang kadang agak annoying sebab kena bukak facebook lepas tu kene bukak twitter nak post status yang sama. Ade sesetengah orang gune application yang tertentu untuk update kedua-dua ni sekaligus tapi bagaimana bagi yang tak tahu pulak. Jadi Twitter dengan usaha mereka telah menyediakan satu feature yang meng-integrate-kan Twitter dengan Facebook.

Sebelum aku bagi cara yang aku blajar ni kat anda semua, sila ambil perhatian bahawasanya jika anda telah mensekalikan akaun Twitter dengan Facebook, sebarang bentuk kicauan/tweet akan timbul pada profile anda sendiri manakala username Twitter anda akan dipaparkan untuk tatapan umum. Caranya:

  1. log in ke akaun Twitter yang anda nak integrate ngan Facebook tu.
  2. pastu sila ke tab profile dan klik pada Post Your Tweets To Facebook yang tedapat kat bawah skali.
  3. lepas tu anda akan nampak button Connect To Facebook.
  4. Jika anda degil tanak buat arahan pertama, anda akan nampak Sign in to Facebook and connect your accounts.
  5. Sila click Allow untuk membenarkan application membuat kerjanya seperti kat bawah.

Penting: Anda kene klik Allow untuk bagi kebenaran kat Twitter untuk post tweet anda sebagai status kat facebook.

Peringatan lagi:

  • lepas dah buat semua tu, segala kicauan anda akan juga di post sebagai status anda di facebook.
  • tapi untuk re-tweet atau @balas tidak akan dilayan sama sekali. Ia juga hanya post pada personal profile sahaja manakala proses penge-pos-an pada Facebook Fan pages adalah di luar bidang kuasa feature ini.
  • jikalau tutorial diatas masih tidak membantu kicauan anda di post pada facebook, sila lihat samaada kotak di tepi Post your Tweets to Facebook dah ditanda/tick ke belum. Kalau tak paham sila rujuk pada gambarajah di bawah. Sila tanda/tick/klik. Oh lupa, bende ni ada kat dalam profile setting.

Sumber

0 Comments

Leave A Reply