Pelajar Cipta iPad Dari Komputer Terpakai Hadiah Untuk Teman Wanita

SEORANG pelajar kolej di China telah mencipta sebuah computer tablet menggunakan bahan daripada komputer riba terpakai milik teman wanitanya. Wei Xinlong dan Sun Shasha merupakan pelajar senior di Jabatan Seni dan Rekaan di Universiti Changchun, utara China.

Homemade iPad

Kreatif! Nak try buak gak la.

Ia mengambil masa selama 10 hari dan menelan belanja sebanyak 800 yuan (RM400) untuk menghasilkan peranti itu dengan berat dan ketebalan yang dilihat serupa dengan produk iPad keluaran Apple Inc. Tablet PC dengan teknologi sesentuh itu membolehkan pengguna untuk membaca, memuat turun, menonton movie dan bermain game.

Menurut Wei, dia tidak cukup duit untuk membelikan sebuah komputer baru buat kekasihnya itu, maka dia mula menciptanya dengan cara mempelajari cara-cara menghasilkan Tablet PC daripada rakaman video di internet.

“Papan utama, video card, CPU dan skrin semuanya dari komputer lama yang menelan belanja 500 yuan (RM250)”

“Dan saya membeli skrin sesentuh dan bateri secara online,” tambahnya lagi.

Wei juga menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk menghias bahagian luaran tablet PC tersebut kata Sun.

“Inilah hadiah terbaik yang pernah saya terima, dan saya akan menjaganya selama-lamanya” tambah teman wanitanya.

UF : Perempuan yang baik akan sentiasa menghargai apa jua hadiah yang diberikan oleh lelaki istimewanya. Dan lelaki, cara pikat wanita bukan hanya dengan duit, tapi dengan usaha yang kita tunjuk pun dah mencukupi. Betul tak wahai wanita? :)

Laporan asal FreeMalays

6 Comments

  1. [...] Sumber: Umar Faruq | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net [...]

  2. [...] Sumber: Umar Faruq | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net Be Sociable, Share! Tweet « (Ngeri!) Pelajar Makan Jantung, Otak Teman Sebilik [...]

  3. azriMy says: - reply

    so cool…

  4. levelsatu says: - reply

    terharu gila.. :)

Leave A Reply