Semakan Keputusan Permohonan Universiti Malaya (UM) 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI MALAYA 2012 – ASASI SAINS DAN ASASI PENGAJIAN ISLAM UM BOLEH DISEMAK MULAI 7 MEI 2012 JAM 12 TENGAH HARI

semakan permohonan kemasukan universiti malaya

Status keputusan permohonan kemasukan ke Program Asasi Sains dan Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) boleh disemak bermula 7 Mei ini pada pukul 12 tengah hari melalui laman web www.um.edu.my kemasukan.

UM melalui satu kenyataan media memberitahu, pemohon juga boleh menyemak keputusan masing-masing melalui talian Hotline (03-88706767), Helpline (03-88706777), talian am (03-88706755/6766) atau melayari laman web http://upu.mohe.gov.my.

“Calon boleh juga menyemak status mengunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip Upu Result (No. KP) dan hantar kepada 15888.

“Calon boleh mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web www.um.edu.my kemasukan mulai 8 Mei ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, semua calon yang berjaya dikehendaki menyemak maklumat tawaran dan membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari bekerja pada atau sebelum 15 Mei 2012 melalui laman web yang sama.

Kata kenyataan itu, pendaftaran pelajar baharu adalah di Asasi Sains UM pada 27 Mei 2012 di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah UM manakala Asasi Pengajian Islam pada hari sama Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan.

Tambah kenyataan itu, hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) dibenar mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

“Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 18 Mei 2012,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UM selepas pendaftaran pelajar baharu dan keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua Jun 2012.

Kata kenyataan itu lagi, jika tiada sebarang tawaran diterima dari UM selepas empat minggu dari tarikh pendaftaran, maka rayuan tersebut dianggap gagal.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Seksyen Kemasukan dan Rekod, Bahagian Akademik UM di talian telefon 03-79673448/3440/3502.

Laporan asal Illustrasiaku

2 Comments

  1. tahniah siapa yg layak.. :)

  2. budakserius says: - reply

    Tahniah kepada yang berjaya :)

Leave A Reply