Siapa Umar Faruq?

SIAPA UMAR FARUQ NI? PENJENAYAH? PUBLIC FIGURE? ARTIS? SIAPA?!!

Nama aku Umar Faruq bin Ahmad bin Salleh bin Ali bin Sharif. Aku bukan penjenayah, artis mahupun public figure. Aku manusia biasa je oi!! Normal la kan bila manusia biasa ada blog. Haha. Setakat Siapa Umar Faruq? ini ditulis umur aku baru je 21 tahun. Aku takde la muda sangat tapi ada orang kata muka aku muka babyface dan aku takdela tua sangat walaupun kadang-kadang orang kate tengok aku macam dah ada 2 orang anak. Macam-macam betul pemerhatian manusia dekat aku.

Kalau nak tahu aku belajar kat mana korang boleh la lalu dekat Cyberjaya dan singgah dekat Universiti Multimedia (MMU). Mungkin ada orang kata aku budak multimedia sebab aku amek jurusan Bachelor of Multimedia (Hons) (Digital Media) tapi sebenarnya kos ini lebih kepada seni menurut hemat aku yang jarang pergi kelas ni. Harap-harap tak ada lecturer aku yang baca. Haha.

Ramai yang tak kenal aku akan cakap aku ni sombong. *benda ni common sangat kan* Tapi bagi yang dah kenal aku memang cakap aku ni jenis bising walaupun aku ni sebenarnya adalah pendiam. Aku lagi suka memerhati daripada diperhati. Haha.. Kalau nak tau apa benda yang aku fikir bila aku perhatikan orang lain, korang boleh baca kat Twitter aku.

Sebenarnya aku agak lemah bila masuk bab memperkenalkan diri sendiri ni. Aku cuma selesa bagitau nama aku je. Yang selebihnya, aku suka biarkan orang lain yang bertanya pasal diri aku. So, kalau rasa nak kenal lagi siapa aku ni silalah bertanya ya. Ahaks.

- Ya, aku memang suka terbang. Haha.

KENAPA BLOGGING?

Soalan yang biasa ditanya, kenapa aku buat blog. Haha.. To be honest, aku buat blog sebab aku suka main-main dengan coding HTML. Bermula dengan Friendster, aku berpindah ke blogspot lepas diperkenalkan oleh seorang kawan sekolah menengah aku dulu yang juga seekor blogger. Haha. Katanya kat situ lagi banyak benda yang aku boleh buat menggunakan HTML code sebab dia nampak minat aku dok ubah sendiri coding template dekat Friendster dulu. Sekarang, Friendster dah jadi benda lain. Budak zaman akan datang mesti tak tau apa asal usul Friendster kan. Demyuh Facebook!

Bermula dari situ aku ada blog sendiri hinggalah blog tu ditutup pertengahan tahun 2010. Bagi aku blogging ni bosan pada asalnya sebab apa yang aku tahu masa tu blog hanyalah digunakan untuk cerita pasal diri kita, untuk kanak-kanak perempuan tulis perkara gedik yang dia buat setiap hari, lelaki yang kebosanan tak ada life dan banyak lagi aktiviti mereka yang looser. Sebab tu aku stop, tak tahu apa motif sebenar dan potensi orang yang ada blog ni. Hehe.

Tapi aku mula aktif balik blogging lepas di add ke dalam group Sahabat Blogger dan aku mula kenal dengan blogger-blogger lain yang lebih berpengalaman. Aku ada dalam group tu daripada baru berbelas orang dalam sehinggalah 14509 orang yang jadi ahli ketika page ini ditulis. Macam-macam ragam dan pelbagai jenis blogger yang aku dapat tengok dari group tu. Dari situ aku baru dapat tahu yang blogging ni bukan setakat diari online, tapi mampu jadi lebih dari itu.

Sekarang, aim aku dalam blogging semakin bertambah sebab banyak benda yang aku belajar sejak jadi blogger. Aim utama dalam blog aku ini adalah perkongsian informasi tak kira apa pun. Kalau sebelum ini Facebook jadi mangsa aku kongsi segala benda, sekarang masa untuk blog aku jadi medium perkongsian utama bagi manusia bernama Umar Faruq ni. Hehe..

UMARFARUQ.COM – KENAPA PILIH NAMA DOMAIN INI?

Sebenarnya, salah satu wishlist dalam hidup aku adalah bila aku search nama aku kat Google, perkataan Umar Faruq yang berkaitan dengan diri aku akan berada pada carian pertama. Paling kurang pun dapat duduk di 1st page Google. Kira macam nak brandingkan nama sendiri la. Haha. Kanak-kanak betol whistlist aku ni. Jadi, aku gunakan medium blog untuk aku dapatkan impian aku.

Search : Umar Faruq
Cuba korang search Umar Faruq kat Google, nama blog aku kat tempat yang keberapa? Hehe..

Salah satu wishlist aku dalam hidup dah tercapai sebab blog UmarFaruq.com ini dah tersenarai dalam 1st page Google bila nama Umar Faruq ditaip. Ini antara bukti aku boleh capai beberapa impian hidup aku dengan menjadi seorang blogger. Nak harap tiba-tiba nama aku ada dekat 1st page SERP tanpa buat apa-apa memang mustahil la sebab aku bukannya artis apatah lagi public figure.

Sekian.

Yang benar,
UMAR FARUQ BIN AHMAD
Bachelor of Multimedia (Hons) (Digital Media)

17 Comments

  1. [...] Media) ataupun kalau ada yang nak kenal lebih lanjut mengenai saya, boleh tengok pada page Siapa Umar Faruq?. Kat situ ada semua cerita mengenai saya. [...]

  2. Fuyoh… Terbang melayang katanya… Memang hebat…

  3. Datin Tyka says: - reply

    nak kenal dengan abammmm bule? ahahah

  4. Salman says: - reply

    tahniah, aq dah try cari dalam google, mmg no. 1. I’m inspired!

  5. Aidanatasya says: - reply

    lelaki kacak :D

  6. nia says: - reply

    best kn main2 dgn coding html.. boleh buat mcm2 ikut suka hati.. tp kdg2 leceh gak sbb kne ingat a few things.. erm, pndai gune php?

  7. lisa says: - reply

    encem…dh kawen lom…:)

  8. Hami Asraff says: - reply

    Keteringinan nak buat page macam ni jugak. Tapi nanti lah dulu. Tunggu ber dot com dulu. Maybe.

Leave A Reply